Daerah

Seremban

Tak Sangko Semuo Eh Ado

Terletak di tengah wilayah Negeri Sembilan. Seremban ialah sebuah destinasi yang mempesonakan di setiap sudut. Dari kepelbagaian kulinari yang meriah dan warisan unik Adat Perpatih, hinggalah ke taman-taman hijau, pekan-pekan yang menawan dan keramahan penduduknya. Temui sebuah lokasi di mana setiap kunjungan menjanjikan pengalaman yang baharu. Seremban, destinasi penuh kejutan serta pesona yang memikat.
Tarikan Utama
White House

“White House” di Seremban merujuk kepada Bangunan Lama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Bangunan neoklasik ini, terkenal dengan muka hadapan berwarna putih, direka oleh arkitek British A.B. Hubback dan siap pada tahun 1912. Dahulu ia berfungsi sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat Daerah semasa zaman penjajahan British. Bangunan ini kini menempatkan Pejabat Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta Pejabat Exco Pelancongan dan menjadi salah satu mercu tanda warisan penting di Seremban.