Daerah
Kuala Pilah
Poghak Kito
Langkahkan kaki ke dalam nadi tradisi di mana warisan hidup, alam menenangkan, dan masa seakan perlahan. Daripada legasi diraja hingga pesona desa, Kuala Pilah ialah tempat budaya bernafas dan kenangan tercipta. Inilah poghak kito; tempat kita, kebanggaan kita.
Tarikan Utama
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Terokai keunikan budaya dan adat Negeri Sembilan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang dibina tanpa sebatang paku!
Dihiasi seni bina Melayu Negeri Sembilan yang berteraskan Adat Perpatih, muzium ini mengetengahkan keunikan reka bentuk tradisional melalui bentuk bumbung panjang. Bangunan bersejarah ini bukan sahaja mempersona dari segi senibina, malah menjadi penyimpan khazanah sejarah dan warisan diraja Negeri Sembilan yang amat bernilai. Lokasi wajib dikunjungi bagi pencinta sejarah, budaya dan seni bina tradisional Melayu.
Keindahan Tempatan
Tarikan Pelancongan


























