Pelancongan Warisan & Pendidikan

Menyelami sejarah, budaya, dan ilmu di destinasi yang penuh nilai

Pelancongan Warisan & Pendidikan
Tokong Si Thian Kong

Tokong Si Thian Kong

Terletak di Selaru, Kuala Pilah, Tokong Si Thian Kong merupakan salah satu mercu tarikan pelancongan budaya yang menonjol di Negeri Sembilan. Keunikan seni binanya serta hiasan bercahaya yang memukau menjadikannya lokasi tumpuan, terutamanya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.Setiap tahun, tokong ini dihiasi dengan limpahan lampu neon dan LED berwarna-warni, mencetuskan suasana meriah yang membangkitkan semangat...

Jom Terokai
Singgah Seni Kuala Pilah

Singgah Seni Kuala Pilah

Singgah Seni Kuala Pilah – Warna-warni Budaya di Pekan Bersejarah Terletak di jantung Pekan Kuala Pilah, kawasan ini merupakan antara pekan bersejarah yang masih mengekalkan seni bina kolonial dan elemen seni reka zaman silam. Di sebalik keaslian senibina yang dipelihara, kini Kuala Pilah turut diserikan dengan sentuhan moden melalui projek mural kreatif yang dikenali sebagai...

Jom Terokai
Rumah Warisan Uwan Robah

Rumah Warisan Uwan Robah

Rumah tradisional ini terletak di Kampung Tanjung Limau Purut, Terachi dan kini diwarisi oleh keluarga Uwan Robah sendiri. Ia dibiayai sepenuhnya oleh ahli keluarga tanpa dana luar dan kekal menjadi tempat pertemuan untuk aktiviti sosial dan kekeluargaan. Ramai yang sering tersilap menyangka rumah tradisional Negeri Sembilan sebagai reka bentuk rumah Minangkabau, sedangkan ia memiliki identiti...

Jom Terokai
Mutiara Classic

Mutiara Classic

Mutiara Classic di Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan sebuah lokasi istimewa yang menonjolkan seni bina tradisional Melayu berkonsepkan rumah warisan. Ia dibina dengan elemen kayu dan ukiran halus, mengekalkan gaya Minangkabau yang sinonim dengan identiti Negeri Sembilan. Tempat ini sering dijadikan lokasi bagi majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan acara kebudayaan. Dengan suasana kampung yang tenang...

Jom Terokai
Masjid Lama Kampung Kuala Serdang

Masjid Lama Kampung Kuala Serdang

Dibina secara gotong-royong pada tahun 1908 oleh masyarakat setempat di Kuala Serdang, Tanjung Ipoh, masjid ini diasaskan oleh Dato’ Orang Kaya Bongsu Kitong dan kini diwarisi oleh Puan Kathom binti Zainal Abidin. Ia telah dipulihara menggunakan dana kerajaan negeri dengan mengekalkan reka bentuk asalnya, mencerminkan suasana dan struktur masjid pada awal abad ke-20.

Jom Terokai
Masjid Terusan

Masjid Terusan

Masjid tertua di Negeri Sembilan ini dibina pada tahun 1840 dan terletak di Kampung Terusan, Juasseh. Ia direka oleh tokoh terkenal Negeri Sembilan, Dato’ Siamang Gagap, dan dibangunkan secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Antara keunikan masjid ini ialah jenang pintu yang rendah, memaksa jemaah tunduk sebelum masuk sebagai tanda hormat, satu simbol yang penuh makna....

Jom Terokai
Masjid Tanjung Beringin

Masjid Tanjung Beringin

Terletak di Kampung Tanjung Beringin, Seri Menanti, masjid ini merupakan masjid pertama yang didirikan di Bandar Diraja Seri Menanti. Dibina pada tahun 1885 di atas tanah wakaf Yamtuan Tuanku Muhammad Shah ibni Tuanku Antah, masjid ini diiktiraf sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008 kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

Jom Terokai
Rumah Puan Norlida

Rumah Puan Norlida

Terletak di Kampung Perigi Jernih, Senaling, rumah ini merupakan salah satu daripada bangunan yang telah menerima dana pemulihan di bawah projek pemeliharaan rumah warisan. Apa yang menarik, rumah ini dibina tanpa penggunaan paku namun sebaliknya menggunakan teknik pasak, seperti yang diamalkan oleh tukang zaman dahulu. Kaedah ini turut digunakan semula oleh kontraktor pemuliharaan bagi mengekalkan...

Jom Terokai