Pelancongan Gastronomi

Rasai keunikan budaya melalui makanan tempatan

Pelancongan Gastronomi
Dapo Kampung Salai

Dapo Kampung Salai

Dapo Kampung Salai di Jempol ialah tempat makan berkonsepkan kampung yang menenangkan dan penuh suasana tradisional. Kedainya diperbuat daripada kayu dan dihias cantik, membuatkan pengunjung berasa seperti berada di kampung sebenar.Antara menu popular di sini ialah daging salai, ayam salai, itik salai dan keli salai yang dimasak lemak cili api. Semua hidangan disediakan segar dengan...

Jom Terokai
The Rimba

The Rimba

The Rimba ialah sebuah kedai makan yang berkonsepkan santai dan dikelilingi suasana hijau yang menenangkan. Reka bentuk kedai yang moden bercampur elemen alam semula jadi menjadikannya tempat yang menarik untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah. Ia sering menjadi pilihan pengunjung yang ingin bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Menu di The Rimba juga pelbagai, merangkumi...

Jom Terokai
Kafe Singgahsana

Kafe Singgahsana

Kafe Singgahsana terletak di Rembau dan merupakan kafe moden dengan pelbagai pilihan masakan tradisi Negeri Sembilan, suasana santai untuk makan bersama keluarga atau kawan. Waktu operasi Kafe Singgahsana ialah dari jam 11 pagi hingga 6.00 petang dan tutup pada hari Rabu sahaja. Kafe Singgahsana menjadi tempat pilihan sebagai “singgah makan” di Rembau untuk mereka yang...

Jom Terokai
Warung Buana

Warung Buana

Warung Buana terletak di Kg Gaing, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan yang menawarkan santapan kampung membuatkan ramai pengunjung tempatan datang untuk sarapan dan makan tengah hari di sini. Waktu beroperasi  adalah dari jam 7 pagi sehingga hingga 3 petang untuk sarapan & makan tengahari dan tutup pada hari Khamis sahaja. Konsep makanan kampung dan pilihan lauk...

Jom Terokai
Zamira Dapur Kayu

Zamira Dapur Kayu

Zamira Dapur Kayu terletak di Rembau, Negeri Sembilan dan mempunyai konsep “dapur kayu api” tradisional. Menawarkan masakan Melayu lama seperti salai, masak lemak, dan lauk-kampung yang dibuat secara autentik dengan kayu api. Suasana kedai santai, sesuai untuk keluarga yang mahukan pengalaman makan yang lebih kearah “kampung”. Dikenali di media sosial sebagai tempat “wajib try” jika...

Jom Terokai
Resipi Grobok Salai

Resipi Grobok Salai

Resipi Gerobok Salai terletak di kawasan Rembau, Negeri Sembilan yang handal dalam masakan salai seperti daging salai, itik salai, dan lauk masak lemak cili padi dengan aroma asap yang kuat. Suasana kedai juga cukup besar dan boleh menampung ramai pengunjung, sesuai untuk singgah ketika perjalanan. Resipi Gerobok Salai menjadi destinasi yang disukai penggemar masakan salai...

Jom Terokai
Salai Kayangan

Salai Kayangan

Salai Kayangan Jelebu, terletak hanya 15 minit dari Pekan Kuala Klawang, menawarkan pengalaman autentik menikmati lauk salai tradisi Negeri Sembilan. Antara hidangan istimewa ialah ayam salai, itik salai, daging salai dan siput sedut, semuanya dimasak lemak cili padi yang menghasilkan gabungan rasa asap, pedas dan berlemak yang menggamit selera. Berlokasi di tepi jalan utama Kuala...

Jom Terokai
Lomak Salai

Lomak Salai

Kedai Lomak Salai terletak di Tampin, Negeri Sembilan, berhampiran Pusat Bandar Tampin dan laluan utama menuju ke Melaka dan merupakan antara lokasi makanan salai terkenal yang menawarkan hidangan masak lemak cili padi berasaskan daging, itik, ayam dan keli salai. Menggunakan kaedah tradisional salai kayu api bagi mengekalkan rasa dan aroma asli masakan Negeri Sembilan yang...

Jom Terokai