Daerah

Port Dickson

Magnetic PD

Rasai tarikan Pantai yang indah, kehidupan malam yang meriah, dan pengembaraan tanpa henti – semuanya dalam satu percutian Pantai yang menakjubkan. Dengan garis pantainya sepanjangan 18-kilometer, Port Dickson memukau dengan pasir putih yang halus dan panorama laut yang mendamaikan. Sama ada anda ingin mengejar matahari terbenam, mencuba sukan air yang mencabar, atau sekadar bersantai di tepi Pantai, Port Dickson menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan.
Tarikan Utama
Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang ialah pantai paling popular di Port Dickson, terkenal dengan pasir yang halus dan suasana yang meriah. Ia menjadi tumpuan pelancong untuk mandi-manda, berkelah, dan menikmati pemandangan laut.

Pelbagai aktiviti sukan air seperti banana boat dan jet ski turut menjadikannya pilihan utama bagi pengunjung yang gemarkan keseronokan di pantai.