Pelancongan Warisan & Pendidikan
Menyelami sejarah, budaya, dan ilmu di destinasi yang penuh nilai
Rumah Negeri Sembilan
Menurut catatan, Rumah Negeri Sembilan telah dibina sejak 1898. Sebelum ini, rumah ini adalah milik YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong yang terletak di Kampung Air Garam, Mambau. Pada tahun 1980 an, rumah ini dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium.Selain itu, pada tahun 1924 rumah ini pernah di bawa oleh...
Lorong Seni, Seremban
SABAR merupakan projek mural ‘wall and sculpture art’ bertujuan memperindahkan lorong belakang rumah kedai di Bandar Seremban yang kurang diberi perhatian serta mengikis stigma negatif terhadap fungsi lorong belakang kepada warga bandar. Konsep projek ini adalah ‘Returning the Streets to the Public’ dimana Majils Bandaraya Seremban memperindahkan semula jalan dan dinding di lorong belakang sebagai...
Istana Ampang Tinggi
Istana kayu ini unik kerana mempunyai panel berukir halus serta pintu gelangsar berat yang jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Ia dibina oleh Yamtuan Ulin (Yamtuan Imam), Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 (1861–1869), di atas permatang menghadap sawah padi. Bangunannya berukuran 66 ½ kaki panjang dan 23 ½ kaki lebar. Istana ini dihadiahkan kepada puteri...
Masjid Jamek Seremban
Masjid ini telah dibina semula pada tahun 1900 di atas tapak masjid asal yang dibina daripada kayu merupakan antara masjid tertua di Negeri Sembilan dan diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara sebagai ‘Warisan Kebangsaan’. Dahulunya masjid ini tempat berkumpul para jemaah yang hendak ke tanah suci. Mengikut catatan sejarah, tapak masjid itu diwakafkan Dato Bandar Haji...
Stesen Keretapi Seremban
Stesen kereta api Seremban dibina di antara 1904 hingga 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00. Dahulunya sistem keretapi ini diurus oleh Sungai Ujong Railway Co. Ltd sebelum diambil alih Federated Malay States Railways (FMSR) pada tahun 1908 dan kemudian Keretapi Tanah Melayu mengambil alih tanggungjawab mengelola semua landasan di Malaya pada tahun 1948. Stesen ini terus...
Muzium Rembau
Muzium ini dibina hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, diuruskan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Ia menampilkan koleksi sejarah dan budaya daerah Rembau, termasuk Institusi Undang Luak, Sejarah Rembau serta kedatangan Raja Melewar. Muzium ini turut dilengkapi dengan perpustakaan, bilik audio visual, kedai cenderamata serta ruang pameran yang teratur. Antara koleksi menarik ialah Rumah Tradisional...
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Keagungan Warisan, Keunikan Pertukangan Melayu Terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti merupakan sebuah mercu tanda sejarah dan budaya yang wajib dikunjungi di Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Lebih mengagumkan, struktur empat...
Tugu Peringatan Martin Lister
Terletak di sepanjang jalan utama Kuala Pilah, Tokong Martin Lister dibina pada tahun 1901 sebagai penghormatan kepada Martin Lister, Residen British pertama di Negeri Sembilan. Struktur gerbang peringatan ini merupakan simbol gabungan budaya, menggabungkan unsur seni bina Cina dan Barat. Antara elemen reka bentuk yang menarik termasuklah: Bahagian hadapan gerbang ini menampilkan inskripsi dalam tiga...








