Inap Desa Gemas
Inap Desa Gemas menawarkan pengalaman penginapan yang unik dengan pilihan rumah tradisional Melayu yang penuh nilai budaya serta rumah moden lengkap dengan kolam renang. Sesuai untuk keluarga, rombongan atau percutian santai, beberapa homestay di sini turut berdaftar dengan MOTAC bagi menjamin kualiti dan keselamatan.
Pelancong boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti hiking santai ke Bukit 2 Juta, tunggangan ATV merentas ladang kelapa sawit dan sawah padi, serta lawatan agro-pelancongan ke taman kelulut. Jangan lepaskan peluang menyaksikan demonstrasi kuih tart tradisional di Kampung Bangkahulu dan bergambar di Sawah Londah yang terkenal dengan pemandangan indah.







