Daerah

Rembau

Syurga Rembau

Terokai Rembau, syurga Negeri Sembilan – di mana Sungai yang tenang, kehijauan semula jadi, dan pesona budaya  bersatu percutian yang sempurna. Sama ada untuk percutian romantik atau ketengan jiwa, Rembau menyambut anda dengan kemewahan alam yang mendamaikan.
Tarikan Utama
Gunung Datuk

Untuk aktiviti mendaki hutan hujan, terdapat beberapa kawasan hutan simpan di sekitar Rembau yang sangat sesuai untuk para penggemar mendaki! Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan tropika dan hidupan liar dari dekat serta merasai keindahan dan kesegaran alam semula jadi. Jangan lupa bawa kamera untuk merakam detik-detik menarik pada bila-bila masa! Lokasi terbaik dan paling disyorkan ialah Taman Eko Rimba Gunung Datuk. Bagi tahun 2024, berdasarkan rekod daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, seramai 34,127 pendaki telah direkodkan (33,254 pendaki tempatan dan 873 pendaki asing). Satu angka yang membanggakan untuk Rembau!