Pelancongan Warisan & Pendidikan

Menyelami sejarah, budaya, dan ilmu di destinasi yang penuh nilai

Pelancongan Warisan & Pendidikan
Muzium Adat

Muzium Adat

Muzium Adat terletak di tengah bandar Kuala Klawang dan merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menonjolkan adat dan budaya pelbagai kaum. Fokus utamanya ialah Adat Perpatih, identiti Negeri Sembilan, dengan seni bina moden berinspirasikan Minangkabau yang menjadikannya pintu masuk memahami warisan masyarakat Malaysia.Sebagai pusat rujukan adat budaya, muzium ini memperkenalkan struktur sosial, sistem kekeluargaan, adat...

Jom Terokai
Pekan Titi

Pekan Titi

Titi ialah sebuah pekan kecil di Jelebu, terletak kira-kira 10 km dari Pekan Kuala Klawang. Walaupun sederhana, pekan ini menyimpan pelbagai keunikan serta warisan sejarah yang menjadikannya tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Pekan Titi terkenal sebagai destinasi pelancongan yang sarat dengan nilai sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadi. Ia turut dikenali dengan khazanah...

Jom Terokai
Rumah Gadang Budi

Rumah Gadang Budi

Rumah Gadang Budi ialah lambang seni bina tradisional Minangkabau yang masih terpelihara di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Gagu, rumah ini menjadi simbol budaya Adat Perpatih dan kehalusan seni pertukangan warisan tempatan. Dimiliki oleh tokoh negara, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan diuruskan Yayasan Budi, rumah ini dibina untuk memperingati warisan seni bina Minangkabau...

Jom Terokai
Tokong Kwong Fook Kong

Tokong Kwong Fook Kong

Tokong Kwong Fook Kong berusia 133 tahun dan dibina pada tahun 1892, menjadikannya antara tokong tertua di Titi. Ia masih mengekalkan seni bina asal dan menjadi pusat ibadat penting masyarakat Cina setempat, sekaligus melambangkan warisan sejarah pekan kecil ini. Pengunjung yang datang akan disambut mesra oleh penjaga tokong, sambil merasai suasana damai komuniti Hakka yang...

Jom Terokai
Jelebu Historical Trail

Jelebu Historical Trail

Jelebu Historical Trail diwujudkan untuk memperkenalkan kepada masyarakat dan pelancong tentang kekayaan sejarah Jelebu yang sarat dengan kisah perjuangan, adat, dan budaya. Laluan ini bukan sahaja menampilkan lokasi-lokasi bersejarah, malah turut mengetengahkan elemen budaya tempatan yang unik serta nilai warisan yang penting dalam sejarah Negeri Sembilan. Jelebu Historical Trail membawa pengunjung menyusuri beberapa lokasi ikonik...

Jom Terokai
Masjid Warisan Kuala Dulang

Masjid Warisan Kuala Dulang

Masjid Warisan Kuala Dulang ialah masjid tertua di Jelebu dan antara yang tertua di Negeri Sembilan. Dibina sejak awal abad ke-16 tanpa menggunakan paku, ia menjadi lambang warisan seni bina tradisional serta bukti perkembangan awal Islam di kawasan ini. Masjid ini diasaskan oleh Dato’ Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah berketurunan Minangkabau. Selain pusat ibadah,...

Jom Terokai