Pelancongan Gastronomi

Rasai keunikan budaya melalui makanan tempatan

Pelancongan Gastronomi
48 Smoke House

48 Smoke House

48 Smoke House terletak di Kampung Ibol, Batu 18, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah yang menyediakan pelbagai produk salai seperti itik, ayam, dan daging salai.Menggunakan kaedah tradisional salai kayu api yang memberi aroma dan rasa asli Negeri Sembilan serta mempunyai ruang makan santai berkonsepkan kampung moden, sesuai untuk keluarga dan pelancong.Terkenal sebagai port singgah popular di...

Jom Terokai
Produk Salai

Produk Salai

Produk Salai terkenal sebagai pusat pengeluaran produk salai tradisional Negeri Sembilan. Produk utama mereka ialah daging, itik, ayam, dan keli salai yang digunakan untuk masakan seperti masak lemak cili padi. Produk salai dihasilkan oleh usahawan tempatan dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di kampung-kampung sekitar daerah Kuala Pilah dan mempunyai permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan...

Jom Terokai
Zaini Salai House

Zaini Salai House

Terletak di Kampung Ulu Bendol, berhampiran kawasan rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah serta dikenali sebagai antara kedai salai paling popular di Negeri Sembilan. Kedai ini menyajikan pelbagai masakan tradisional Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak cili padi dengan daging, itik, keli dan ayam salai dengan menggunakan bahan salai asli secara tradisional, memberikan aroma dan rasa yang...

Jom Terokai
Warung Salai Medan Remis

Warung Salai Medan Remis

Warung salai medan remis terletak kira-kira 10 minit dari Pantai Teluk Kemang dan merupakan antara port makan tengah hari terkenal di Port Dickson yang menawarkan masakan tradisional Negeri Sembilan. Hidangan utama warung salai medan remis ialah daging, itik, ayam, keli dan perut salai yang dimasak dengan kuah lemak cili padi pekat dan beraroma asap yang...

Jom Terokai
Cendol Retro Batu Kikir

Cendol Retro Batu Kikir

Cendol Retro Batu Kikir terkenal sebagai port santai untuk menikmati pencuci mulut klasik kegemaran rakyat Malaysia. Keenakan cendolnya terletak pada santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi serta ais kisar halus yang menyegarkan. Dengan konsep retro yang unik, kedai ini bukan sahaja menghidangkan cendol tradisi, malah menjadi lokasi persinggahan popular bagi pelancong yang...

Jom Terokai
Lapau Mak Mok

Lapau Mak Mok

Terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Kuala Klawang, Lapau Mak Mok terkenal dengan sajian masakan kampung yang autentik. Antara menu pilihan termasuk ikan masak lemak cili padi, ulam-ulaman segar, serta pelbagai lauk-pauk tradisional yang membangkitkan selera. Kedai ini menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana desa yang tenang. Dengan anjung terbuka berlatarbelakangkan sawah padi dan Rumah...

Jom Terokai
Kedai Makan Nam Theng

Kedai Makan Nam Theng

Di tengah pekan Kuala Klawang yang tenang terletaknya sebuah kedai makan yang menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat – Kedai Makan Nam Theng. Dibuka sejak tahun 1953, kedai kopi ini kekal relevan sehingga kini dengan menyajikan sarapan halal yang sesuai dinikmati oleh semua kaum. Nam Theng terkenal kerana kepelbagaian menu yang memenuhi citarasa masyarakat majmuk di...

Jom Terokai