Pelancongan Eko
Terokai keindahan alam semula jadi sambil memelihara kelestarian persekitaran
Taman Eko Rimba Batu Maloi
Terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa, Taman Eko Rimba Batu Maloi menawarkan pengalaman luar biasa kepada pencinta alam dan penggemar aktiviti lasak. Keunikan taman ini terletak pada bentuk muka buminya yang berbukit dan dipenuhi bongkah batu besar yang terbentuk secara semula jadi hasil daripada pergerakan geologi ribuan tahun lalu.Salah satu tarikan utama di sini ialah Gua...
Bukit Baginda
Permata Alam dengan ‘Batu Berdiri’ Unik di Kuala Pilah Terletak di Kampung Majau, Batu Kikir, Bukit Baginda merupakan destinasi mendaki yang semakin popular di Negeri Sembilan. Dengan ketinggian sekitar 450 meter dari paras laut, pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam, sesuai untuk pencinta alam dan pengembara hujung minggu. Daya tarikan utama...
Tangga Bukit Pilah
Tangga Bukit Pilah – Port Ringan Tapi Menyegarkan di Tengah Kuala Pilah. Kalau anda lalu di Jalan Bukit Pilah–Batu Kikir, mesti perasan struktur tangga di tepi jalan yang menghadap kawasan hijau berbukit — itulah Tangga Bukit Pilah, port riadah terbaru yang makin popular dalam kalangan penduduk setempat. Walaupun cuma ada 113 anak tangga, jangan pandang...
Gunung Angsi
Gunung Angsi, terletak di daerah Kuala Pilah, merupakan destinasi popular bagi penggemar pendakian dan aktiviti lasak. Dengan ketinggian 825 meter, gunung ini menawarkan laluan mendaki yang sesuai untuk pemula dan pendaki berpengalaman, sambil menikmati pemandangan hutan tropika yang menghijau dan panorama lembah yang menakjubkan. Selain mendaki, pengunjung juga boleh berkelah atau bergambar di kawasan sekitar,...
Perkampungan Budaya Terachi
Di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, pengunjung berpeluang merasai keunikan tradisi sawah padi dan aktiviti desa. Kolam Ngoca di sini diusahakan oleh penduduk tempatan dengan penanaman padi biasa dan padi pulut, termasuk petak sawah berhampiran jalan yang akan membentuk tulisan khas “DAULAT TUANKU” sebagai tarikan istimewa. Selain menikmati pemandangan sawah yang menghijau, pengunjung juga boleh...
Taman Negeri Kenaboi
Terokai keindahan hutan hujan tropika di Taman Negeri Kenaboi, permata semula jadi Negeri Sembilan yang menggabungkan air terjun, jeram dan cabaran pendakian. Laluan ke Jeram Berungut, puncak Gunung Besar Hantu, serta ketenangan Lata Dinding dan Lata Kijang menjadikan kawasan ini lokasi ideal untuk aktiviti lasak dan relaksasi. Dengan kemudahan glamping, tapak perkhemahan serta pelancongan agro...
Jeram Enggang & Jeram 3 Lapis
Jeram Enggang ialah air terjun semula jadi yang terletak di Kampung Orang Asli Banir Tengkoh, Ulu Jelebu, hanya kira-kira 20–30 minit dari Pekan Kuala Klawang. Dikelilingi hutan sekunder dengan sungai yang jernih, lokasi ini sesuai untuk aktiviti santai seperti berkelah, berendam, atau fotografi alam. Aliran airnya yang sejuk dan tidak deras menjadikannya destinasi mesra keluarga....
Bukit Batu Beras
Bukit Batu Beras ialah destinasi pendakian santai yang terletak di kawasan Simpang Durian, Jelebu. Bukit ini semakin dikenali kerana pemandangan panoramiknya yang memukau serta suasana sejuk dan tenang, terutama pada waktu pagi. Dengan ketinggian sederhana iaitu sekitar 635 meter dari aras laut, ia sesuai untuk pengunjung yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian atau ingin beriadah...








