Pelancongan Beli Belah

Temui tarikan membeli-belah unik di destinasi pilihan anda

Pelancongan Beli Belah
Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang

Lokasi Pusat Jualan Cenderamata di Dataran Seri Kemang yang terletak di Batu 8, Jalan Pantai.Terdapat gerai dan kedai menjual cenderahati di sekitar Dataran Teluk Kemang seperti baju t-shirt, topi, ukiran kayu, kraftangan seperti bakul anyaman, tikar, yang sesuai dijadikan cenderahati kenangan pelancong apabila pulang ke destinasi masing-masing.

Jom Terokai
Temuan Homestay

Temuan Homestay

Terletak di lokasi Jalan Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang berdekatan kawasan pantai di Port Dickson. Menjual cenderahati seperti perhiasan tangan, anyaman kraf bakul, produk berasaskan kayu seperti senduk,buluh dan sumpit. Selain itu juga, Ia beroperasi sebagai tapak homestay dan juga perkhemahan (camp‐site) di kawasan komuniti Orang Asli Temuan.

Jom Terokai
Galeri Jualan Kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Galeri Jualan Kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Galeri Jualan Kraf yang terletak bersebelahan Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ini beroperasi mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (Isnin hingga Jumaat). Galeri ini menempatkan pusat pameran dan jualan kraf daripada usahawan tempatan berasaskan produk rotan, kayu, fabrik batik seperti beg tangan dan kain batik dan ukiran kalam.

Jom Terokai
Galeri Kraf Penjara Jelebu

Galeri Kraf Penjara Jelebu

Galeri ini terletak di dalam atau berdekatan kompleks Institut Pemulihan Dadah Penjara Jelebu, mukim Gelami Lemi, Daerah Jelebu. Waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari (Isnin hingga Jumaat). Antara produk yang dipamerkan adalah produk berasaskan rotan dan kayu seperti anyaman bakul dan perabot serta jahitan seperti baju.

Jom Terokai
Temuan Abo Craft

Temuan Abo Craft

Terletak di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, ianya merupakan hasil pembuatan kraftangan oleh suku kaum Temuan (Orang Asli) di Negeri Sembilan, menggunakan bahan semula jadi seperti kayu, bambu, akar kayu untuk menghasilkan produk unik. Kraf yang dihasilkan mempunyai nilai asli dari segi bahan & reka bentuk — setiap satu mempunyai ciri unik kerana bahan semula...

Jom Terokai
Galeri Karyaneka, White House

Galeri Karyaneka, White House

Buat para penggemar batik dan barangan kraf, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi barangan keluaran daripada usahawan tempatan dengan menampilkan pelbagai barangan kraf tempatan yang unik. Antara produk yang terdapat di galeri ini adalah produk batik seperti baju dan kain Batik Motif Bunga Lado,kerongsang, ukiran jam kayu, bakul dan kerusi rotan serta beg tangan. Galeri...

Jom Terokai
Extreme Park (X-Park Port Dickson)

Extreme Park (X-Park Port Dickson)

Extreme Park, atau lebih dikenali sebagai X-Park Port Dickson, merupakan destinasi riadah dan sukan lasak yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Terletak berhampiran kawasan peranginan Port Dickson, taman ini direka khusus untuk mereka yang mencari pengalaman penuh debaran dan keseronokan luar biasa. Antara aktiviti popular di X-Park termasuk lasak air,...

Jom Terokai