Masjid Tanjung Beringin

Terletak di Kampung Tanjung Beringin, Seri Menanti, masjid ini merupakan masjid pertama yang didirikan di Bandar Diraja Seri Menanti. Dibina pada tahun 1885 di atas tanah wakaf Yamtuan Tuanku Muhammad Shah ibni Tuanku Antah, masjid ini diiktiraf sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008 kerana nilai sejarahnya yang tinggi.