Lorong Seni, Seremban
SABAR merupakan projek mural ‘wall and sculpture art’ bertujuan memperindahkan lorong belakang rumah kedai di Bandar Seremban yang kurang diberi perhatian serta mengikis stigma negatif terhadap fungsi lorong belakang kepada warga bandar. Konsep projek ini adalah ‘Returning the Streets to the Public’ dimana Majils Bandaraya Seremban memperindahkan semula jalan dan dinding di lorong belakang sebagai laluan selamat dan selesa bagi orang awam dan pelancong dalam konteks merakyatkan seni bandar.
Lorong ini dikenali sebagai Lorong Seni Seremban sebagai destinasi seni jalan yang menarik di tengah-tengah Bandar Seremban. Lorong sepanjang 500 meter ini mempamerkan lebih daripada 40 mural berwarna-warni hasil karya artis tempatan, Setiap mural menggambarkan kisah budaya, sejarah dan kehidupan masyarakat setempat.




