Inap Desa Kg. Rawa
Homestay Kg. Rawa terletak di Kampung Rawa Hilir Lenggeng, Negeri Sembilan. Perjalanan ke Homestay Rawa ini mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur.
Sebanyak 12 buah rumah telah menyertai dalam program Homestay Rawa ini antaranya mama rose Homestay, lenggeng riverside homestay, sabona Homestay, widuri Homestay dan lain-lain serta boleh menampung sebanyak 80 orang tetamu dalam satu masa. Homestay ini juga terkenal dengan tarian Joget Lambak dan Piring dari segi persembahan sekaligus menyediakan pelbagai aktiviti pelancongan ekologi, pendidikan dan pertanian Homestay Rawa.
Suasana di Homestay Rawa mampu menggamit pelbagai memori terindah kepada para pengunjung. Umum mengetahui bahawa Homestay Rawa merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi mereka yang sukakan cabaran dan berminat dalam aktiviti lasak seperti menunggang kuda yang merupakan aktiviti tarikan paling utama bagi homestay ini.Pelancong juga berpeluang mempelajari dan merasai pengalaman sendiri adat dan budaya bagi penduduk setempat seperti Tarian Piring, Joget Lambak dan Cak Lempong. Dengan ini, Homestay Rawa telah mendapat sambutan yang mengagumkan daripada pengunjung dari luar dan dalam negara.















