Galeri Karyaneka, White House

Buat para penggemar batik dan barangan kraf, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi barangan keluaran daripada usahawan tempatan dengan menampilkan pelbagai barangan kraf tempatan yang unik.

Antara produk yang terdapat di galeri ini adalah produk batik seperti baju dan kain Batik Motif Bunga Lado,kerongsang, ukiran jam kayu, bakul dan kerusi rotan serta beg tangan.

Galeri Karyaneka beroperasi setiap hari mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang di Bangunan White House.