Pelancongan Inap Desa
Menginap di desa, mendekati alam dan warisan budaya
Inap Desa Pelegong
Pengalaman inap desa terbaik anda. Dengan pemandangan indah kehijauan desa, pengalaman anda di Pelegong Homestay bakal menjadi kenangan terbaik tentang percutian di sebuah kampung melayu tradisional Negeri.Sembilan. Pelajari alat muzik caklempong dan anyaman kraf tempatan, jelajahi persekitaran kampung atau menyertai permainan tradisional, semuanya ada di sini.Nikmati layanan mesra hos inap desa anda, pelajari sejarah budaya...
Inap Desa Sg. Buloh
Terletak di Jelebu, Negeri Sembilan, Kampung Sungai Buloh ialah sebuah perkampungan tradisional yang tenang dan kaya sejarah. Dibuka sekitar tahun 1950 semasa zaman darurat, kampung ini menawarkan suasana desa yang damai, dikelilingi alam semula jadi dan budaya Adat Perpatih yang masih terpelihara. Sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dan pengalaman kampung yang autentik. Pelbagai aktiviti...
Inap Desa Pachitan
Homestay Pachitan terletak di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Kampung Pachitan merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta keunikan budaya masyarakat Jawa yang masih diamalkan hingga kini. Melalui program Homestay Pachitan, pelancong berpeluang merasai sendiri kehidupan masyarakat desa dengan menyertai pelbagai...
Inap Desa Hanya D’Pasoh
Inap Desa Hanya D’Pasoh yang terletak di kawasan kampung yang aman di Negeri Sembilan menawarkan pengalaman inap desa yang selesa dan menenangkan. Inap Desa ini mempunyai beberapa bilik yang luas dan bersih, sesuai untuk keluarga mahupun kumpulan pelancong. Antara aktiviti menarik di Inap Desa D’Pasoh ialah memberi ikan makan di kolam, belajar menari tarian tradisional...
Inap Desa D’Pelandok Best
Homestay D’Pelandok Best ialah sebuah penginapan inap desa yang terletak di Negeri Sembilan dan terkenal dengan suasana kampung yang tenang serta pengalaman kehidupan tradisional yang menarik. Homestay ini menawarkan peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri gaya hidup masyarakat setempat yang berasaskan adat dan budaya Negeri Sembilan, khususnya Adat Perpatih. Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk...
Inap Desa Kg. Rawa
Homestay Kg. Rawa terletak di Kampung Rawa Hilir Lenggeng, Negeri Sembilan. Perjalanan ke Homestay Rawa ini mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur. Sebanyak 12 buah rumah telah menyertai dalam program Homestay Rawa ini antaranya mama rose Homestay, lenggeng riverside homestay, sabona Homestay, widuri Homestay dan lain-lain serta boleh menampung sebanyak 80 orang tetamu...
Inap Desa Klawang
Homestay Klawang terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan dan merupakan salah satu lokasi pelancongan berasaskan komuniti yang menarik. Ia menonjolkan keunikan budaya masyarakat tempatan serta keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuk lawatan ke dusun buah-buahan, aktiviti mendaki bukit, membuat kuih tradisional, dan menyertai persembahan kebudayaan. Pelawat juga boleh...
Inap Desa Lonek
Inap Desa Lonek merupakan salah satu destinasi pelancongan berasaskan komuniti yang terletak di Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan. Ia menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk merasai kehidupan masyarakat kampung tradisional. Pelancong yang menginap di Inap Desa Lonek berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti menuai padi, memasak makanan tradisional seperti rendang dan lemang, serta menyaksikan persembahan...








