Lomak Salai
Kedai Lomak Salai terletak di Tampin, Negeri Sembilan, berhampiran Pusat Bandar Tampin dan laluan utama menuju ke Melaka dan merupakan antara lokasi makanan salai terkenal yang menawarkan hidangan masak lemak cili padi berasaskan daging, itik, ayam dan keli salai.
Menggunakan kaedah tradisional salai kayu api bagi mengekalkan rasa dan aroma asli masakan Negeri Sembilan yang akan membuat anda tertarik dengan Negeri Sembilan.
Konsep kedai berunsurkan moden kampung dengan ruang makan luas, bersih dan selesa serta kawasan tempat letak kereta yang luas sangat sesuai untuk keluarga serta rombongan pelancong yang ingin berkunjung ke Lomak Salai.
Hidangan di sini terkenal dengan kuah lemak pekat, pedas sederhana dan rasa asap yang memikat selera menjadikannya port wajib singgah bagi pelancong dan pengguna jalan utama menuju ke Gemas, Alor Gajah, dan Rembau serta dikenali dengan layanan mesra, harga berpatutan dan suasana santai, menjadikan pengalaman makan lebih menarik.



