Taman Eko Rimba, Hutan Simpan Lenggeng

Terletak di daerah Seremban, Taman Eko Rimba Hutan Simpan Lenggeng merupakan destinasi alam semula jadi yang sesuai untuk pencinta rekreasi luar. Lokasinya adalah 26km dari ibu negeri. Pengunjung boleh menikmati keindahan hutan tropika, udara segar, aliran sungai yang jernih serta kawasan air terjun yang menenangkan.

Tempat ini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan sepertI berkelah, meredah hutan, berkhemah atau sekadar bersantai menikmati keindahan flora dan fauna. Dengan persekitaran hijau yang masih terpelihara, ia menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin lari seketika daripada kesibukan bandar.