Masjid Lama Kampung Kuala Serdang

Dibina secara gotong-royong pada tahun 1908 oleh masyarakat setempat di Kuala Serdang, Tanjung Ipoh, masjid ini diasaskan oleh Dato’ Orang Kaya Bongsu Kitong dan kini diwarisi oleh Puan Kathom binti Zainal Abidin.

Ia telah dipulihara menggunakan dana kerajaan negeri dengan mengekalkan reka bentuk asalnya, mencerminkan suasana dan struktur masjid pada awal abad ke-20.