Bangunan White House

Pejabat SUK lama (White House) yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah mula dibina pada tahun 1912 oleh Arthur Benison Hubback. Bangunan ini berbentuk memanjang dan beranjung serta mempunyai ciri-ciri reka bentuk bangunan British. Bangunan ini kini menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sembilan.

Pada dahulunya, bangunan ini merupakan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1959 an. Menteri Besar menduduki sebuah bilik sederhana di bahagian tengah tingkat atas perjabat berkenaan dengan dibantu antara lainya oleh Seorang Setiausaha Sulit, seorang Steno dan seorang Penyelenggara Pejabat. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Tinggi Seremban dan Majlis Negeri (Dewan Undangan Negeri).