Pelancongan Sukan & Rekreasi

Rasai adrenalin dan keseronokan aktiviti sukan serta rekreasi

Pelancongan Sukan & Rekreasi
X-Park Bandar Sri Sendayan

X-Park Bandar Sri Sendayan

X-Park Sendayan adalah destinasi rekreasi lengkap di Seremban yang menggabungkan sukan ekstrem, keseronokan keluarga dan kemudahan yang selesa. Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang boleh dijalankan di sini seperti go-kart, paintball, golf driving-range, badminton dan pelbagai lagi.

Jom Terokai
Dataran Nilai

Dataran Nilai

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam yang bercirikan seni bina Adat Perpatih. Dataran Nilai ini menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas...

Jom Terokai
Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular...

Jom Terokai
Taman Rekreasi Rembau

Taman Rekreasi Rembau

Taman Rekreasi Rembau merupakan salah satu lanskap semula jadi yang paling terkenal di kawasan ini, dengan air yang jernih dikelilingi oleh kehijauan tumbuhan yang rimbun. Ketika berjoging pada waktu pagi, anda dapat merasai ketenangan dan keindahan alam — memang begitu menyenangkan! Taman ini turut dilengkapi dengan kemudahan taman permainan untuk memenuhi tenaga aktif si kecil...

Jom Terokai
Ladang Alam Warisan

Ladang Alam Warisan

Kembali ke akar tradisi, nikmati keindahan warisan Melayu di tengah kehijauan alam. Menyelusuri pepohon buah-buahan tempatan yang menghijau, rumah tradisional beratus tahun, serta pelbagai spesis binatang ternakan, Ladang Alam Warisan menawarkan keunikan tersendiri dengan seni bina tradisional yang menyatu indah bersama alam semula jadi. Keindahan dan ketenangan yang ditawarkan menjadikannya sebuah destinasi yang sukar ditemui...

Jom Terokai
Kampung Chennah

Kampung Chennah

Rasai pengalaman mencabar meneroka alam semula jadi di Kampung Chennah, Jelebu. Aktiviti lasak ini membawa pengunjung meredah laluan kampung, hutan hijau, bukit berbatu dan sungai yang mengalir jernih. Setiap perjalanan menawarkan pemandangan indah desa yang masih terpelihara, sambil memberikan debaran keseronokan untuk pencinta cabaran. Aktiviti ini sesuai untuk rakan-rakan, keluarga mahupun kumpulan yang ingin merasai...

Jom Terokai