Pelancongan Eko

Terokai keindahan alam semula jadi sambil memelihara kelestarian persekitaran

Tarikan Pelancongan Eko
Bukit Batu Sawa

Bukit Batu Sawa

Bukit Batu Sawa ialah destinasi rekreasi dan pendakian ringan yang semakin popular di Jelebu. Terletak hanya beberapa minit dari Pekan Kuala Klawang, bukit setinggi 333.33 meter ini menawarkan laluan mesra pengunjung serta pemandangan luas yang ideal untuk riadah, gaya hidup sihat dan fotografi.Bukit ini terkenal dengan suasana tenang pada awal pagi, sering diselubungi kabus tebal...

Jom Terokai
Sawah Padi Kg. Sungai Buloh

Sawah Padi Kg. Sungai Buloh

Kampung Sungai Buloh di Jelebu merupakan destinasi agro-pelancongan yang menonjolkan keindahan sawah padi serta suasana kampung tradisional yang damai. Kampung ini terkenal dengan aktiviti budaya seperti pesta mengemping, menuai padi, dan menangkap ikan secara tradisional (mengoca). Aktiviti ini memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman desa yang autentik. Selain itu, pengunjung boleh menginap di homestay bersama...

Jom Terokai
Taman Eko Rimba Jeram Toi

Taman Eko Rimba Jeram Toi

Terletak dalam Hutan Simpan Berembun, kira-kira 12 km dari Pekan Kuala Klawang dan 28 km dari Seremban, Taman Eko Rimba Jeram Toi sesuai dikunjungi seisi keluarga tanpa mengira usia. Kemasukan adalah percuma dan kawasan ini boleh dilawati pada bila-bila masa. Dikelilingi hutan semula jadi, Jeram Toi terkenal dengan pemandangan indah serta air terjun bertingkat yang...

Jom Terokai
Gua Pasoh

Gua Pasoh

Gua Pasoh ialah gua batu kapur berusia lebih 314 juta tahun, antara tertua di Malaysia. Terkenal dengan formasi unik dan nilai arkeologi tinggi, ia kini menjadi sebahagian daripada pelancongan komuniti HANYA D’Pasoh, yang menawarkan pengalaman meneroka tapak arkeologi, warisan semula jadi dan budaya tempatan. Terletak di Hutan Simpan Pasoh, FELDA Pasoh 4, gua ini menyimpan...

Jom Terokai