Zaini Salai House
Terletak di Kampung Ulu Bendol, berhampiran kawasan rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah serta dikenali sebagai antara kedai salai paling popular di Negeri Sembilan.
Kedai ini menyajikan pelbagai masakan tradisional Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak cili padi dengan daging, itik, keli dan ayam salai dengan menggunakan bahan salai asli secara tradisional, memberikan aroma dan rasa yang menyelerakan.
Antara kemudahannya adalah mempunyai ruang makan luas dan suasana kampung yang menarik perhatian pelancong. Zaini Salai House telah menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negeri, khususnya pada hujung minggu dan musim cuti kerana harganya yang berpatutan dan rasanya yang sedap.

