Tokong Kwong Fook Kong
Tokong Kwong Fook Kong berusia 133 tahun dan dibina pada tahun 1892, menjadikannya antara tokong tertua di Titi. Ia masih mengekalkan seni bina asal dan menjadi pusat ibadat penting masyarakat Cina setempat, sekaligus melambangkan warisan sejarah pekan kecil ini.
Pengunjung yang datang akan disambut mesra oleh penjaga tokong, sambil merasai suasana damai komuniti Hakka yang masih mengekalkan adat dan tradisi turun-temurun.
Keunikan tokong ini terserlah melalui penggunaan ‘gegelung kemenyan’ (incense coil) dalam upacara keagamaan serta persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, yang melambangkan pembersihan rohani dalam ajaran Buddha.
Selain itu, lukisan mural di sekeliling tokong memaparkan identiti dan keunikan Titi. Ia bukan sahaja menghidupkan suasana tokong, malah menjadi tarikan bergambar bagi pengunjung sebagai kenangan.






