Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.

Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, jogging track, tandas dan sebuah pentas terapung.