Taman Eko Rimba Gunung Datuk

Untuk aktiviti mendaki hutan hujan, terdapat beberapa kawasan hutan simpan di sekitar Rembau yang sangat sesuai untuk para pencinta alam dan pendaki tegar! Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan tropika dan hidupan liar dengan lebih dekat, serta merasai sendiri keaktifan dan kesegaran alam semula jadi. Jangan lupa bawa kamera anda untuk merakam detik-detik menarik pada bila-bila masa!

Lokasi terbaik dan paling disyorkan ialah Taman Eko Rimba Gunung Datuk. Bagi tahun 2024, berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, sebanyak 34,127 pendaki telah direkodkan — terdiri daripada 33,254 pendaki tempatan dan 873 pendaki antarabangsa. Satu angka yang membanggakan untuk daerah Rembau.