Rumah Warisan Uwan Robah

Rumah tradisional ini terletak di Kampung Tanjung Limau Purut, Terachi dan kini diwarisi oleh keluarga Uwan Robah sendiri. Ia dibiayai sepenuhnya oleh ahli keluarga tanpa dana luar dan kekal menjadi tempat pertemuan untuk aktiviti sosial dan kekeluargaan.

Ramai yang sering tersilap menyangka rumah tradisional Negeri Sembilan sebagai reka bentuk rumah Minangkabau, sedangkan ia memiliki identiti seni bina tersendiri. Justeru, usaha gigih Kerajaan Negeri dalam memelihara dan memulihkan bangunan warisan ini amat penting dalam memastikan sejarah dan jati diri negeri terus diwarisi oleh generasi akan datang.