Masjid Jamek Seremban

Masjid ini telah dibina semula pada tahun 1900 di atas tapak masjid asal yang dibina daripada kayu merupakan antara masjid tertua di Negeri Sembilan dan diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara sebagai ‘Warisan Kebangsaan’.

Dahulunya masjid ini tempat berkumpul para jemaah yang hendak ke tanah suci. Mengikut catatan sejarah, tapak masjid itu diwakafkan Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang dikatakan antara pendakwah terkenal ketika itu. Masjid ini terletak di Jalan Tun Dr Ismail.