Inap Desa Sg. Buloh

Terletak di Jelebu, Negeri Sembilan, Kampung Sungai Buloh ialah sebuah perkampungan tradisional yang tenang dan kaya sejarah. Dibuka sekitar tahun 1950 semasa zaman darurat, kampung ini menawarkan suasana desa yang damai, dikelilingi alam semula jadi dan budaya Adat Perpatih yang masih terpelihara. Sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dan pengalaman kampung yang autentik.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di sekitar Homestay Sungai Buloh seperti menangkap ikan di sungai, berbasikal mengelilingi kampung dan mencuba aktiviti ATV yang sangat menyeronokkan dan harga yang berpatutan. Suasana damai dan mesra di sini pasti memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.