Inap Desa Pelegong

Pengalaman inap desa terbaik anda. Dengan pemandangan indah kehijauan desa, pengalaman anda di Pelegong Homestay bakal menjadi kenangan terbaik tentang percutian di sebuah kampung melayu tradisional Negeri.

Sembilan. Pelajari alat muzik caklempong dan anyaman kraf tempatan, jelajahi persekitaran kampung atau menyertai permainan tradisional, semuanya ada di sini.

Nikmati layanan mesra hos inap desa anda, pelajari sejarah budaya tempatan atau memasak masakan tradisional Negeri Sembilan bersama-sama, kami dengan berbesar hati sentiasa bersedia melayani anda!

Percutian anda di Pelegong Homestay bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati. Dari tarian dan muzik tradisional, acara sukan rakyat, demonstrasi buatan anyaman kraftangan tempatan sehinggalah eksplorasi tempat-tempat menarik di sekitar kampung, kami pastikan percutian anda di Pelegong Homestay akan sentiasa diingati. Tempah penginapan anda sekarang dan sertai kami menikmati pengalaman unik di Pelegong Homestay.