Galeri Jualan Kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Galeri Jualan Kraf yang terletak bersebelahan Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ini beroperasi mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (Isnin hingga Jumaat).

Galeri ini menempatkan pusat pameran dan jualan kraf daripada usahawan tempatan berasaskan produk rotan, kayu, fabrik batik seperti beg tangan dan kain batik dan ukiran kalam.