Produk Salai
Produk Salai terkenal sebagai pusat pengeluaran produk salai tradisional Negeri Sembilan.
Produk utama mereka ialah daging, itik, ayam, dan keli salai yang digunakan untuk masakan seperti masak lemak cili padi. Produk salai dihasilkan oleh usahawan tempatan dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di kampung-kampung sekitar daerah Kuala Pilah dan mempunyai permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan dan pelancong sebagai makanan tradisi dan buah tangan.

