Warung Salai Medan Remis

Warung salai medan remis terletak kira-kira 10 minit dari Pantai Teluk Kemang dan merupakan antara port makan tengah hari terkenal di Port Dickson yang menawarkan masakan tradisional Negeri Sembilan.

Hidangan utama warung salai medan remis ialah daging, itik, ayam, keli dan perut salai yang dimasak dengan kuah lemak cili padi pekat dan beraroma asap yang sungguh memikat hati pelanggan mereka dengan menggunakan kaedah salai tradisional kayu api, memberikan rasa autentik seperti masakan kampung.

Warung ini menampilkan suasana santai dan terbuka, sesuai untuk keluarga serta pelancong yang berkunjung ke pantai berdekatan.