Wet World
Pedas Adventure Park @ Wet World Air Panas Pedas – Port Baharu Wajib Singgah di Negeri Sembilan!
Kalau dulu orang datang Pedas sebab nak berendam dalam kolam air panas, sekarang ada sebab baru nak ke sini — Pedas Adventure Park, tarikan terbaru yang tengah jadi bualan di Negeri Sembilan!
Terletak dalam kawasan Wet World Air Panas Pedas, taman ini memang lain daripada yang lain — konsep dia gabungkan elemen taman permainan moden dan hiburan keluarga waktu malam, siap dengan lampu warna-warni dan suasana meriah yang buat rasa macam masuk dunia fantasi!
Taman seluas 2 ekar ini memang tak bosan langsung. Ada lebih 16 elemen permainan interaktif yang direka khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa sama-sama enjoy.
Antara yang wajib cuba:
Sand Element – budak-budak boleh main pasir dan bina castle macam kat pantai.
Rock Climbing – nak rasa adrenaline? Panjat dinding batu ni, tengok siapa paling laju!
Tube Slide & Trampolin – tempat lepaskan tenaga sambil ketawa beramai-ramai.
Yang menariknya, taman ni dibina dengan konsep play together, supaya ibu bapa pun boleh turut serta bermain dengan anak-anak — bukan tengok je dari tepi.




