Ladang Alam Warisan

Kembali ke akar tradisi, nikmati keindahan warisan Melayu di tengah kehijauan alam.

Menyelusuri pepohon buah-buahan tempatan yang menghijau, rumah tradisional beratus tahun, serta pelbagai spesis binatang ternakan, Ladang Alam Warisan menawarkan keunikan tersendiri dengan seni bina tradisional yang menyatu indah bersama alam semula jadi. Keindahan dan ketenangan yang ditawarkan menjadikannya sebuah destinasi yang sukar ditemui pada masa kini.

Berdekatan dengan Bandar Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Ladang Alam Warisan menggabungkan elemen pelancongan warisan dan agro yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menyelami kehidupan kampung sebenar. Pengalaman yang ditawarkan merangkumi suasana sawah padi yang menghijau hingga seni warisan Melayu tradisional yang masih dipelihara hingga masa kini.

Ladang Alam Warisan mengetengahkan aktiviti memanah tradisional dan memanah berkuda sebagai daya tarikan utama. Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati pengalaman glamping di Ladang Alam Warisan yang dikelilingi bukit dan gunung, sambil menikmati suasana harmoni ditemani deruan angin dan bunyian fauna yang menenangkan.

Selain menikmati keindahan alam sekitar, pengunjung juga berpeluang menyusuri aliran sungai yang menenangkan sambil menghayati keindahan persekitaran. Tetamu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Ladang Alam Warisan, termasuk meneroka kawasan desa dengan menunggang kuda atau mendaki sambil menikmati panorama alam yang memukau.

Waktu Operasi:
Setiap Hari (kecuali Isnin dan Jumaat), 9 pagi – 12 tengahari, 3 petang – 6 petang

Tiket Masuk:
Dewasa RM 3, kanak-kanak RM 2; kumpulan RM 5

Bayaran Aktiviti:
Aktiviti memanah bermula RM5–RM60, Aktiviti berkuda RM10–RM80, Program memanah & berkuda intensif dari RM 400–500

Bayaran Aktiviti:
Glamour Camping:
2 katil bersaiz Queen (4 orang)
RM299 (termasuk sarapan pagi)