Lorong Artistik Tampin

Lorong Artistik Tampin ialah lorong seni yang terletak di belakang Tampin Square, berhampiran sempadan Tampin — Pulau Sebang, satu-satunya bandar berkembar di Malaysia. Inisiatif oleh Majlis Daerah Tampin ini bertujuan menceriakan kawasan pekan dengan lukisan mural berskala besar bertemakan budaya Negeri Sembilan dan produk pelancongan tempatan.

Lorong ini dihiasi dengan mural doodle, lampu limpah malam, dan lampu LED yang menjadikan suasananya meriah dan fotogenik. Terdapat juga struktur “TAMPIN” sebagai mercu tanda sempadan negeri yang popular sebagai lokasi bergambar. Lorong ini kini menjadi salah satu tarikan pelancongan kreatif dan budaya di Tampin.