Rumah Negeri Sembilan
Menurut catatan, Rumah Negeri Sembilan telah dibina sejak 1898. Sebelum ini, rumah ini adalah milik YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong yang terletak di Kampung Air Garam, Mambau. Pada tahun 1980 an, rumah ini dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium.
Selain itu, pada tahun 1924 rumah ini pernah di bawa oleh Inggeris ke London bagi Pameran Great Wembley. Rumah Negeri Sembilan ini mendapat pengiktirafan Bangunan Warisan Kebangsaan.






