Temuan Abo Craft

Terletak di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, ianya merupakan hasil pembuatan kraftangan oleh suku kaum Temuan (Orang Asli) di Negeri Sembilan, menggunakan bahan semula jadi seperti kayu, bambu, akar kayu untuk menghasilkan produk unik.

Kraf yang dihasilkan mempunyai nilai asli dari segi bahan & reka bentuk — setiap satu mempunyai ciri unik kerana bahan semula jadi dan kerja tangan.

Temuan Abo Craft terhasil daripada idea dan kreativiti pereka kraftangan di mana produk-produk hasil seni kraf yang dihasilkan adalah datang daripada sumber semulajadi dari Suku Kaum Orang Asli Temuan di Negeri Sembilan.